Sunday, March 20, 2016

KARNIVAL HARIMAU SELATAN 2016 MEDAN KESATUAN ANAK-ANAK JOHOR DI MESIR





KARNIVAL HARIMAU SELATAN 2016 MEDAN KESATUAN ANAK-ANAK
JOHOR DI MESIR

Oleh : Muhammad Syafiq Bin Abd Rashid
Setiausaha Karnival Harimau Selatan (KHS’16)

KAHERAH, 13 MAC 2016 : Dalam usaha meningkatkan ekonomi ahli dan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir ( BKPJM ) sendiri, baru-baru ini BKPJM telah menganjurkan program mega berbentuk bazaar yang dinamakan dengan “ KARNIVAL HARIMAU SELATAN  “ (KHS ’16) yang berlangsung selama tiga hari di Masjid Salam, Hayyu ‘Asyir, Kaherah. Program bazaar kali ini bertemakan “ EKONOMI TERAS PEMBANGUNAN “. Antara objetif utama program itu adalah bertujuan untuk memperkasakan ukhuwah islamiah anak-anak Johor dan mahasiswa Malaysia di Mesir sekaligus mencungkil dan melatih bakat anak-anak Johor yang produktif dalam bidang perniagaan.

     Pengarah “ KARNIVAL HARIMAU SELATAN 2016 “, Muhammad Shaker Naim Bin Aris berkata, “ Program ini menjadi sati inisiatif untuk ahli dan pimpinan BKPJM belajar membuka perniagaan berbentuk skala kecil disamping melaksanakan sebuah sunnah anjuran Rasulullah SAW iaitu berniaga “. Tambahan lagi, “ Program sebegini juga secara tidak langsung dapat menjayakan usul yang disepakati ketika Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke-32 (MAT-32) iaitu menyemarakkan slogan ‘Setia Bersamamu BKPJM’ Ini kerana, saya melihat ramai aktivis-aktivis BKPJM yang turut bersama menjayakan program ini. Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh BKPJM bagi meningkatkan ekonominya juga ekonomi ahlinya sendiri. Dalam program ini, peniaga-peniaga yang menyertai program bazaar ini majoritinya mendapat pulangan modal dan keuntungan yang tinggi.

      Karnival Harimau Selatan (KHS’16) telah dirasmikan oleh wakil kedutaan Education Malaysia Egypt (EME) iaitu Yang Berbahagia, Tuan Azmi Bin Muhammad. Kehadiran pengunjung di Karnival Harimau Selatan 2016 yang berlangsung selama 3 hari itu dijangka melebihi hingga 2000 orang yang berbeza latar belakang negeri dan negara antaranya Singapura, Indonesia, Brunei dan penduduk negara Mesir sendiri yang berkunjung untuk merasai sendiri selera juadah makanan buatan orang Malaysia. Program ini juga mendapat kunjungan khas iaitu Ustaz Adam Bin Ibrahim, Penolong Pegawai Atase Pendidikan Negeri Johor. Selain itu juga, program itu diisi  dengan pelbagai pengisian yang menarik antaranya Mini Games,Tazkirah Maghrib, persembahan nasyid dan forum.


       Program Karnival Harimau Selatan 2016 ini telah ditutup secara rasmi oleh ucapan Yang di-Pertua Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) sesi 2015/2016, Ustaz Muhammad Ariff Bin Haron. Setelah selesai ucapan penutup KHS’16 itu, anak-anak Johor khususnya bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan program. Program Karnival Harimau Selatan 2016 ini mencapai objektif dan menunjukkan kesan yang baik terutamanya dengan kehadiran anak-anak Johor yang berada di perantauan ini untuk saling mengenali di bawah tautan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir.


No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...