Monday, December 14, 2015

Syabas Kerajaan Johor

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد,

Sekalung penghargaan dan ucapan syabas juga tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim yang diketuai oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Bin Nordin di atas keprihatinan dan rasa tanggungjawab ke atas situasi semasa yang melanda. Pihak Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) amat berbesar hati di atas pengumuman bantuan kepada anak-anak Johor di timur tengah berikutan kejatuhan nilai mata wang ringgit mutakhir ini. Ini menunjukkan akan sikap mengambil berat yang tinggi oleh kerajaan Johor kepada mahasiswa/wi Johor yang menuntut di timur tengah khususnya mahasiswa pengajian Islam.

Pengumuman yang dibuat sendiri oleh Datuk Menteri Besar Johor menerusi akaun laman sosial ‘facebook’ sangat melegakan ribuan mahasiswa/wi Johor yang menuntut di sini. Kenyataan berbunyi  “Kerajaan negeri Johor memberi bantuan tambahan 'one-off’ berjumlah RM2.5 juta kepada pelajar dari negeri ini yang menuntut di Mesir dan Jordan berikutan nilai Ringgit yang menyusut ketika ini.” mendapat reaksi yang amat menggembirakan semua lapisan masyarakat negeri Johor baik yang terlibat secara langsung mahupun tidak.



Di kesempatan ini juga pihak BKPJM merakamkan jutaan tahniah buat skuad bola sepak Johor Darul Ta’zim yang berjaya menjuarai seterusnya mempertahankan kejuaraan Liga Super Malaysia bagi musim 2014/2015. Semoga dengan kejayaan ini dapat meningkatkan lagi semangat dan motivasi seluruh skuad dan kem bola sepak Johor Darul Ta’zim bagi mengharungi liga bagi musim yang akan datang. Sekian dari saya, salam sayang Muafakat Johor.
Terima kasih.




#BERSAMA BERSATU  I  BKPJM KELUARGA KITA  I  SETIA BERSAMAMU BKPJM

KEBAJIKAN DAN PERPADUAN
"THAQAFAH CEMERLANG
KESATUAN GEMILANG"

Usamah bin Aris
Yang Di Pertua,
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 14/15.

No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...