Monday, December 14, 2015

Seminar Ilmu Falak Memberi Kesedaran

KAHERAH: Seminar Imu Falak, anjuran bersama 'Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir', 'Keluarga Pelajar Perlis', 'Dewan Perwakilan Mahasiswa Mahasiswi Mansurah' dan 'Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq' telah berjaya dilaksanakan. Ianya berlangsung selama dua hari, 18 dan19 Julai 2007.

Seminar ini juga adalah atas kerjasama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, Nadwah Ulama Islam Mesir Malaysia, Jabatan Mufti Negeri Johor dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Ianya dijalankan di Dewan Asrama Rumah Melayu Abbasiyah.

PEMBENTANG



Seminar ini telah menjemput tiga orang pembentang kertas kerja. 2 pembentang dari Mesir dan seorang dari Malaysia. Al Fadhil Ustaz Haji Hanafiah Abdul Razak dari Jabatan Mufti Negeri Johor adalah pembentang utama dalam seminar ini. Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentang dengan jayanya.

TUJUAN



Seminar ini dianjurkan atas sebab kesedaran yang tercetus berikutan kurangnya tenaga yang mahir dengan ilmu falak ini di Malaysia. Namun seminar ini hanya boleh merungkai pengenalan ilmu falak menurut perspektif Islam. Ianya tidak boleh terhenti di sini sahaja, pengajiannya perlu diteruskan dari masa ke semasa.

Bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada tenaga-tenaga penggerak seminar ini. Dua hari bagaikan tidak mencukupi. Bagaimanapun syukur atas pengenalan ilmu ini.

No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...