Monday, December 14, 2015

Rumah Johor, 28 Mac – Satu program motivasi telah diadakan sempena imtihan fasal dua yang akan menjelma.Ia telah diadakan di Rumah Johor Haiyu Thamin.

Program yang dianjurkan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah adalah untuk memberi tasji' (kata semangat) kepada semua penuntut-penuntut Malaysia di sini dalam menghadapi imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

Motivasi ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Fakhruddin, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Dalam kata-katanya yang disampaikan dalam bahasa arab menekankan supaya setiap mahasisiwa/wi perlu meletakkan target yang tinggi untuk peperiksaan tersebut iaitu sekurang-kurangnya mendapat takdir jayyid.

Katanya lagi, penting bagi setiap mahasisiwa/wi menguasai bahasa Arab dan Inggeris dengan mantap.Beliau suka menegur sikap sebahagian mahasisiwa yang berfikiran terlalu jumud terhadap sesuatu perkara.

Akhir katanya, beliau menegah keras mahasiswa/wi daripada terikut-ikut dengan fahaman wahabi dan menyarankan mengambil kesufian sebagai pembenteng diri.Sementelahan itu, majlis yang sama turut diserikan dengan penyerahan sebuah komputer daripada pihak JPMK untuk BKPJM yang berdaftar. 

Ini adalah sebagai tanda keperihatinan pihak JPMK terhadap anak-anak Malaysia disini bagi memudahkan segala bentuk urusan berkaitan kebajikan dan organisasi. 

Majlis berakhir dengan penyerahan cenderamata dari pihak BKPJM kepada pihak pengarah sebagai tanda kenang-kenangan, tepat jam 10.30 malam.

No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...