Wednesday, April 22, 2015

PROGRAM TARBIAH AULAD BIL AL-QURAN KARIM : Membina Generasi Acuan Al-Quran Bermula Dari Kecil


RABAAH, 19 April 2015 - Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) 2014/2015 telah mengadakan satu program thaqafah anjuran Unit Bait Muslim BKPJM dengan kerjasama Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM berkaitan dengan teknik mengajar dan hafazan Al Quran menngunakan cara hijaziyyah yang telah berlangsung di Asrama Pelajar Johor Rabaah.

Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk mengajar teknik menghafal Al Quran dan mengulang hafalan, meningkatkan thaqafah ahli BKPJM dalam membuat amal ibadah kepada Allah, mengetahui kaedah menghafal nombor dan muka surat dalam Al Quran, membentuk persediaan ahli dalam menghadapi imtihan seterusnya mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli Johor dan negeri lain.

Program ini telah disertai oleh pasangan mutazawwijin Johor dan juga dihadiri oleh beberapa pasanga mutazawwijin negeri lain iaitu negeri Kedah. Selain itu, beberapa orang ahli turut menghadirkan diri untuk sama mendapatkan manfaat dari program ini.

Program bermula selepas solat zuhur yang telah di pengerusikan oleh anak Johor sendiri iaitu Saudara Muhammad Syafiq bin Sahimi, mahasiswa Ijazah Sarjana Universiti American Maftuh seterusnya disambung oleh Ustaz Muhammad Jabir Dalul, beliau membacakan daripada ayat-ayat suci Al Quran dan sedikit tazkirah kepada hadirin yang hadir. Selesai bacaan Al Quran program di teruskan dengan pengisian utama yang telah di sampaikan oleh pengisi jemputan iaitu Sheikh Abdullah bin Hijazi berkaitan teknik mengajar dan hafazan Al Quran tarekat hijaziah.

Sebelum program berakhir, pihak penganjur telah memberikan sedikit cendermata kenang-kenangan kepada pengisi jemputan yang telah di sampaikan oleh Pengarah Unit Bait Muslim BKPJM, saudara Muhammad Faiz bin Khalid. Sebelum pulang, pengisi disajikan dengan sedikit jamuan oleh pihak penganjur dan program berakhir selepas asar pada jam 5 petang dengan bacaan kafaratul majlis dan Surah Al-Asr.







No comments:

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...