Thursday, September 22, 2016

Nahar’16 Menghayati Erti Pengorbanan





KAHERAH, 12,13 & 14 September 2016 - Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir telah mengadakan sambutan kebesaran bagi umat Islam iaitu Sambutan Hari Raya Eidul Adha 1437 hijri. NAHAR’16 merupakan program anjuran BKPJM pada kali ini dengan tema “التضحية اساس الوحدة”.
Ahli jawatankuasa Nahar’16 telah menyusun aktiviti yang diadakan sepanjang program yang berlangsung selama 2 hari di Wisma Nusantara. Untuk hari yang pertama ke semua anak-anak Johor telah menunaikan Solat Hari Raya di Masjid Ad Da'wah yang berhampiran dengan Wisma Nusantara bagi memudahkan perjalanan sembelihan disini.
Seusai solat sunat hari raya, anak-anak Johor telah berkumpul di Wisma Nusantara untuk aktiviti sembelihan dan rewang. Pada tahun ini sebanyak 40 ekor kambing telah dikorbankan. Sekitar jam 10 pagi sembelihan dan melapah binatang korban telah dilaksanakan oleh mahasiswa. Sementara itu, mahasiswi telah mula bergotong royong untuk rewang dan melapah daging. Semua mahasiswa/wi Johor baru turut serta dalam membantu rewang kali ini. Aktiviti sembelihan,melapah daging dan rewang siap sekitar jam 6 petang. Dan selepas maghrib aktiviti pengagihan daging korban kepada semua anak Johor telah diberikan. Daging korban telah diagihkan sebanyak 50 bungkus kepada anak-anak Johor di sekitar kaherah. Dan sebanyak 9 ekor telah diagihkan kepada fakir miskin warga tempatan.
Program diteruskan untuk hari yang kedua, sekitar jam 9 pagi ajk pelaksana telah memenuhi Wisma Nusantara bagi membuat persiapan sebelum program. Bermula daripada persiapan dewan sehingga persediaan menyediakan juadah untuk rumah terbuka petang nanti. Kesemua ajk pelaksana bertungkus lumus bagi menjayakan program ini. Tepat jam 2 petang hingga 4 petang rumah terbuka telah dihadiri oleh tetamu VIP daripada BKAN lain. Tidak ketinggalan rumah terbuka ini turut dihadiri oleh Ustaz Khairi Jalalludin dan keluarganya. Dan pada jam 4 petang hingga 6 petang rumah terbuka telah dibuka untuk semua anak-anak Johor bagi menjamu selera. Program diserikan dengan tayangan video-video BKPJM sebelum ini dan persembahan nasyid jemputan daripada Subro. Setelah selesai jamuan, ajk pelaksana telah sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan Wisma Nusantara selepas digunakan.
Akhirnya, besarlah harapan daripada BKPJM supaya program ini dapat mengukuhkan lagi kesatuan anak-anak Johor dibawah naungan Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir . BKPJM mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh adhoc pelaksana, ajk dan semua yang turut membantu dalam melaksanakan program ini. Pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya.


.: Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan:.
.: Keilmuan Memangkin Kesatuan Islam:.
.: Kebajikan dan Perpaduan:.

Friday, September 16, 2016

KENYATAAN BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI KALI KE-II


[ KENYATAAN BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI KALI KE-II ] SAMBUTAN MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN DAN GRADUASI BKAN JUMAAT, 16 SEP 2016 - Perjumpaan kali ke dua bersama Yang Dipertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) telah diadakan di Asrama Rumah Pulau Pinang Hayyu Sabie, Kaherah, Mesir. Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Ustaz Asraf bin Alias selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bertujuan bagi merancang satu program secara bersama yang melibatkan mahasiswa/wi yang cemerlang dan graduan khususnya di dalam pengajian islam. Program yang melibatkan seluruh jurusan pengajian islam ini adalah bagi meraikan mahasiswa/wi diperingkat anak-anak Negeri bersama BKAN-BKAN negeri masing-masing di dalam satu majlis yang melibatkan semua peringkat. Selain itu, ia merupakan satu penghargaan yang besar khususnya kepada graduan-graduan yang bakal berkhidmat di tanah air apabila pulang ke Malaysia kelak. Majlis akan diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu dari kalangan guru-guru di pengajian Al-Azhar serta tetamu jemputan yang akan menyerikan lagi kemeriahan didalam majlis tersebut. Semoga perancangan program yang bakal dilaksanakan ini dapat meningkatkan lagi tahap mutu kecemerlangan mahasiswa/wi Al-Azhar khususnya dan semangat di dalam mengejar impian dan cita-cita yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat kelak. HADIR, ASRAF BIN ALIAS (YANG DIPERTUA BKASM) MUHAMMAD ARIFF BIN HARON (YANG DIPERTUA BKPJM) AHMAD MAHIR BIN C. NASRUDDIN (YANG DIPERTUA KPP) MOHAMMAD AINUDIN BIN MOHD ISHAK (YANG DIPERTUA KPIPM) SYED MOHAMMAD HANIF BIN SYED HASSAN (YANG DIPERTUA KPKM) AHMAD RAZIN BIN MOHD FAUZI (YANG DIPERTUA BKKIMM) AMIR NORDIN BIN A.RAHIM (YANG DIPERTUA BKMIP) AMMAR MUJAHID BIN AB RASHID (YANG DIPERTUA MKKK) MUHAMAD IMAN BIN FADZIL (YANG DIPERTUA BKPPPM) ADAM SYUKRI BIN MOHAMAD (YANG DIPERTUA BKAWM) TIDAK HADIR, MOHD FARID BIN AZMI (YANG DIPERTUA KPT)

:: Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan ::.
.:: Keilmuan Memangkin Kesatuan Islam ::.
.:: Kebajikan dan Perpaduan ::

Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...