Sunday, April 3, 2016

Himpunan Aktivis ( HATI'16 ) : Medan Mengukuhkan Kesatuan



KAHERAH, 2 APRIL 2016 – Setelah hampir 5 tahun himpunan aktivis ini tidak dapat dilaksanakan. Kini, pada tahun 2016 ini Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir sesi 2015/2016 dibawah Lajnah Perancang telah berjaya menganjurkan satu progam khusus untuk aktivis BKPJM semalam. Program yang diberi nama Himpunan Aktivis (HATI’16) telah dilaksanakan  di dua tempat yang berbeza iaitu Nadi Syabab,Musallas bagi ikhwah dan Qanatir bagi akhawat.

         Program yang dijalankan ini mempunyai objektifnya yang tersendiri iaitu untuk mengukuhkan kekuatan ukhuwwah antara aktivis atau penggerak dan untuk meraikan semua aktivis BKPJM yang telah banyak memberikan sumbangan tenaga dan idea sebelum ini. Program yang berlangsung selama satu hari ini disajikan dengan beberapa aktiviti yang menarik iaitu pengisian berkaitan dengan ciri-ciri  “Cetakan Ansarallah” dan futsal bagi ikhwah manakala permainan “outdoor” seperti berbasikal dan menunggang kuda bagi akhawat.

         Himpunan Aktivisi (HATI ’16) ini diakhiri dengan sedikit kalam taujihat daripada YDP BKPJM, Ustaz Muhammad Ariff bin Haron bagi ikhwah dan kalam taujihat daripada Roisah BKPJM, Ustazah Nurizzah Sofea binti Ismail bagi akhawat. Akhirnya, besarlah harapan daripada pihak penganjur agar Himpunan Aktivis ini dapat meribat tautan ukhuwwah antara anak-anak Johor dalam satu medan kesatuan iaitu Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) dan teruslah bersama menyokong dan mendokong kesatuan ini sepertimana pembawaan usul Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-33 iaitu “ Menyemarakkan Slogan Setia BersamaMu BKPJM “.

“ Kunu AnsaraAllah “

.:: Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan ::.
.:: Keilmuan Memangkin KesatuanIslam ::.
.:: Kebajikan dan Perpaduan ::.





Friday, April 1, 2016

Majlis Pengumuman Jawatankuasa Khas Badan Kebajikan Anak Negeri




KAHERAH, 31 Mac 2016 – Telah berlangsung Majlis Pengumuman Jawatankuasa Khas Badan Kebajikan Anak Negeri yang telah berlangsung pada 31 Mac 2016 di Wisma Muhammad V, Hayyu Sabie.
Program ini mempunyai objektif utama yang tersendiri iaitu :

1)      Memperkenalkan medium kerjasama antara BKAN.
2)      Mengembalikan semangat kesatuan mahasiswa.
3)      Mengumpulkan selurh mahasiswa Malaysia Mesir
4)      Membuka medan kepada mahasiswa untuk melontarkan idea.

            Program ini telah dihadiri olehribuan mahasiswa dan mahasiswi daripada pelbagai negeri.

Program ini dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Seterusnya, pengerusi majlis menjemput wakil Yang DiPertua BKAN untuk memberi kata-kata pembukaan. Wakil YDP yang dijemput ialah Ustaz Muhammad Ariff bin Haron, Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM). Kemudian majlis diteruskan lagi dengan sesi penerangan tujuan penubuhan jawatankuaa khas ini serta membuka sesi soal jawab yang dikendalikan oleh Ustaz Ainuddin bin Mohd Ishak, YDP dari BKAN Perak dan memberi ruang kepada ahli untuk memberi cadangan buah fikiran kepada pimpinan Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri bagi melancarkan gerak kerja mereka.

Setelah itu, tibalah saat pengumuman nama-nama ahli jawatankuasa Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri yang terdiri daripada 7 orang ikhwah dan 6 orang akhawat.

Majlis kemudian diserahkan kembali kepada pengerusi umum dan diteruskan dengan menjemput barisan pimpinan Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri untuk diperkenalkan kepada hadirin dan hadiratyang hadir pada malam 31 Mac 2016 itu.

Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri ini adalah persetujuan daripada mesyuarat Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).

Semoga barisan pimpinan Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri ini dapat membawa bahtera kesatuan ini kepada keredhaan Allah Taala.

“ Muafakat Asas Kejayaan ”
“ Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan “
“ Keilmuan Memangkin Kesatuan Islam “
“ Kebajikan dan Perpaduan “

Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri

#SatuFikrahSatuAmal
#BersamaBersatu





Post Terbaru

Asrama Pelajar Johor : Hak Kita, Jasa Mereka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Firman Allah S.W.T : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْ...